Travel

Travel

Thursday, 25 May 2023

DISCOVER KEDAH

Tak terfikir lagi nak ke mana musim cuti sekolah hujung tahun ni? Apa kata kalau anda sekeluarga beramai-ramai bercuti ke negeri Kedah, negeri Jelapang Padi, negeri yang aktif dengan aktiviti pertaniannya ini.

Bagi anda yang dah masak dengan kehidupan di kota, datanglah ke negeri di utara semenanjung Malaysia ini untuk melegakan minda dan badan.

Suasana desa yang indah, sawah padi yang terbentang luas dan alam semulajadi yang tidak terganggu oleh sebarang pencemaran ini dapat memberikan anda sekeluarga pengalaman percutian yang mendamaikan jiwa.

Tapi tunggu dulu! Sebelum ke sini, MaiSinggah nak habaq awai-awai mana hangpa patut pi dah sampai Kedah nanti. Baca senarai tempat menarik di Kedah sampai habis na, baru tahu mana yang sesuai dengan jiwa, atau lawat saja semuanya!

Tempat Menarik Di Kedah - Negeri Jelapang Padi

01. Lagenda Park

Lagenda Park Kedah
Sumber: Evgeny Salmin, Mo Assoum, Tim Baker, Vladas Portapas, Grand

Jika anda berada di Pulau Langkawi, kami sangat syorkan anda untuk ke Lagenda Park atau Taman Lagenda yang terletak di Kuah. Ia berhadapan dengan perairan Kuah dan memberikan anda pemandangan Jetty Kuah yang sangat hebat, termasuk sekali pemandangan gah Burung Helang terkemuka Langkawi di Eagle Square.

Taman open air yang bertemakan lagenda atau cerita-cerita mistik dari zaman dahulu ini dihiasi dengan replika-replika, skulptur dan patung-patung yang cukup sinonim dengan kisah lagenda Pulau Langkawi.

Anda bukan sahaja dapat beriadah dan bersantai di sini bersama keluarga, malah anda juga boleh mempelajari kisah-kisah zaman dahulu kala. Kalau dah sampai ke Pulau Langkawi, jangan lupa untuk ke sini. Gambar-gambar anda pasti insta-worthy.

Alamat: Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 24 jam (sentiasa dibuka)


02. Merdeka Clock Tower / Menara Jam Besar

Menara Jam Besar Sungai Petani Kedah
Sumber: Fathi Najdi

Merdeka Clock Tower ataupun Menara Jam Besar ini adalah sebuah binaan klasik yang telah berdiri dengan teguh di hadapan Masjid Zahir sejak tahun 1912 lagi.

Mengenai seni binanya, dapat dilihat unsur kesenian Islam dengan kewujudan bulan sabit dan kubah. Namun begitu, apabila diamati ukiran di bahagian bawah menara, wujud pengaruh Hindu terutama sekali ukiran pada bahagian pintu masuk menara. Gabungan yang agak unikkan?

Pada suatu ketika dahulu, menara jam ini akan berbunyi untuk menandakan masuknya waktu solat. Ini akan diikuti dengan paluan gong atau nobat di Balai Nobat sebelum azan mula dilaungkan di Masjid Zahir.

Alamat:  Alor Setar, Kedah


03. Top Fast Food Toy Collection

Top Fast Food Toy Collections Alor Setar - Gambar Tarikan
Sumber: Top Fast-food Toy Collections

Bila anda melancong atau melawat Alor Setar, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Top Fast Food Toy Collection. Sebuah muzium koleksi mainan dan produk McDonald’s pertama di Malaysia, Top Fast Food Toy Collection telah mengumpul mainan Happy Meal dan produk McDonald’s seperti uniform, bekas makanan, tisu, sos paket kecil dan lain-lain lagi sejak tahun 1979.

Banyak mainan-mainan dan produk-produk antik dan terkini yang dikumpulkan di sini untuk pameran. Bolehlah anda mengimbas kembali nostagia zaman kanak-kanak bersama keluarga.

Top Fast-Food Toy Collections Alor Setar - Koleksi Nostalgia Mc Donalds

Anda boleh lihat sendiri koleksi mainan dan produk yang cukup berharga dan kini harganya boleh mencecah ratusan ringgit yang tersimpan dalam keadaan yang sempurna.

Terdapat lebih 70,000 koleksi mainan dan produk yang berjaya dikumpulkan oleh pemilik dan hanya 40,000 koleksi sahaja yang dipamerkan oleh pemilik dan koleksi selebihnya ditempatkan di rumah kerana ruang muzium yang terhad.

Apalagi jom datang singgah ke Top Fast Food Toy Collection. Anda bukan sahaja boleh melihat pelbagai koleksi rare dan unik! Malah, di muzium ini juga menyediakan tempat-tempat bergambar dengan replika kiosk McDonald’s zaman dahulu. Best kan? Jangan lupa saksikan sendiri dan jadikan Top Fast Food Toy Collection ini sebagai salah satu destinasi anda apabila berada di Kedah.

Baca Review Penuh: Top Fast Food Toy Collection Alor Setar

Alamat: Top Fast-food Toy Collection, 2521, Belakang Pekan Pumpong, 05250 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 10am-7pm (setiap hari)


04. Ultimate Horse Training and Stud Farm

Ultimate Horse Training and Stud Farm Kedah
Sumber: Ultimate Horse Training and Stud Farm

Nak merasa pengalaman menjadi koboi? Ultimate Horse Training and Stud Farm adalah lokasi yang patut anda lawati kalau bercuti di Kedah. Pakej menunggang kuda yang ditawarkan cukup berpatutan, dapatlah seluruh ahli keluarga mencuba tanpa fikir dua tiga kali.

Yang menariknya, untuk masuk ke dalam kawasan ini dan melihat kuda-kuda yang ada adalah percuma. Ya, anda hanya perlu bayar sekiranya ingin menunggang kuda.

Memang rugi kalau tak datang memandangkan ladang ini bukan sahaja menempatkan kuda tapi juga haiwan-haiwan lain seperti rusa dan burung unta. Di samping itu, anda juga berpeluang untuk memberi anak-anak rusa yang ada di sini meminum susu yang disediakan.

Alamat: Lot 784 Jalan Ruat Besar, Kampung Raga, 06900 Yan, Kedah


05. Taman Burung Kulim

Taman Burung Kulim Kedah
Sumber: Jarrone Long

Tercari-cari lokasi yang best untuk dilawati dengan anak-anak? Anda boleh mempertimbangkan untuk ke Taman Burung Kulim yang terletak tidak jauh dari pejabat pos Kulim.

Walaupun nama diberikan “Taman Burung” tapi sebenarnya di dalam taman ini terdapat banyak lagi haiwan lain, boleh dikatakan tempat ni macam sebuah zoo mini. Antara haiwan yang ada adalah seperti itik, ayam, arnab, kura-kura, ikan dan sebagainya.

Semasa berada di sini, anda sekeluarga boleh membeli makanan haiwan yang disediakan disediakan di kaunter untuk memberikan haiwan-haiwan ini makan sendiri.

Alamat:60, Jalan Tunku Bendahara (Belakang Pejabat Pos Kulim)

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (10.00 am – 6.00 pm) | Isnin (Tutup)

Bayaran: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3



Penginapan di Sekitar Negeri Kedah

Untuk memudahkan anda mencari tempat penginapan yang selesa dalam harga bajet semasa bercuti di Kedah, anda dijemput untuk membaca senarai-senarai penginapan yang telah kami masukkan dalam artikel-artikel sebelum ini.

Mana satu lokasi yang anda bercadang untuk teroka sepuas hati? Sungai Petani untuk berjalan-jalan cari makan dan melawati destinasi bersejarah? Atau Alor Setar sebagai bandar kedua terbesar di Kedah? Ataupun mungkin juga Kuah untuk anda bershopping sakan tanpa perlu bayar cukai? Tak kisahlah di mana pun anda merancang nak teroka, mai singgah baca artikel-artikel penginapan ni dulu:

Cuti sakan la no! Banyak betul tempat menarik di Kedah ni baq hang! Tak cukup sehari nak menapakkan kaki di semua destinasi ini nampaknya. Apa lagi yang ditunggu-tunggu?

Kekayaan alam semulajadi yang ditawarkan di salah satu negeri tertua di Malaysia ini patut dinikmati oleh semua orang, muda atau tua. Tapi sebelum itu, jangan lupa untuk melayari booking.com untuk membantu anda dalam memilih tempat penginapan yang menarik dengan harga yang bertepatan di Kedah.

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Kedah

Dengan ini, Mai Singgah akhiri penulisan dengan cebisan daripada Seloka Orang Kedah nyanyian Zainal Hitam, “Mai chek oi mai chek mai! Kita ke negeri Kedah!” Jangan lupa dengar seloka ni bila dah dekat dengan Kedah nanti na!


EBOOK DISCOVERY KEDAH


No comments:

Post a Comment

DISCOVER KEDAH

Tak terfikir lagi nak ke mana musim cuti sekolah hujung tahun ni? Apa kata kalau anda sekeluarga beramai-ramai bercuti ke negeri Kedah, nege...