Travel

Travel

Wednesday 5 April 2023

Best Place to Visit in Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai banyak tempat yang menarik. Tempat-tempat ini merupakan tarikan untuk pelancong datang ke Malaysia.

1.Kawasan Pantai

       Antara tempat yang menarik di Malaysia ialah kawasan-kawasan pantai yang bersih dan indah. Antara pantai-pantai yang sesuai untuk dikunjungi dan beriadah seperti Pantai Merdeka di Kedah, Batu Feringghi di Puala Pinang,dan Desaru di Pahang. Pantai-pantai ini telah menjadi daya penarik kepada pelancongan domestik dan luar negara.

      Selain itu, di sekitar laut pula terdapat pulau-pulau yang indah dan mempunyai persekitaran yang terpelihara. Terdapat banyak pulau di Malaysia ini dijadikan destinasi pelancongan. Antara pulau yang terkenal ialah Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Kapas dan beberapa buah pulau lain di perairan Sabah dan Sarawak.




2.Kawasan Pergunungan

      Kawasan pergunungan dan tanah tinggi turut menjadi tarikan pelancongan. Kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands bukan sekadar indah, malah mempunyai cuaca yang sejuk dan nyaman. Oleh yang demikian, ramai pelancong gemar melancong di sini.


Cameron Highland

3. Kawasan Pebandaran
        Selain tempat menarik bersasaskan alam semulajadi, terdapat juga tempat menarik yang dibina oleh kerajaan. Antaranya ialah Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan Menara Berkembar Petronas. Tempat-tempat ini turut menggamit kedatangan pelancong ke bandar-bandar besar di Malaysia.

Kuala Lumpur



      Kesimpulannya, sememangnya Malaysia mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi pada bila-bila masa. Keindahan dan keunikan Malaysia menjadi kebanggaan rakyatnya.

No comments:

Post a Comment

DISCOVER KEDAH

Tak terfikir lagi nak ke mana musim cuti sekolah hujung tahun ni? Apa kata kalau anda sekeluarga beramai-ramai bercuti ke negeri Kedah, nege...